
Beliau berkata, kenyataan itu juga menunjukkan gabungan berkenaan sudah ketandusan modal dengan mengeluarkan kenyataan bertujuan mengelirukan rakyat.
“PRN ini untuk tentukan kerajaan negeri. Bukan untuk tentukan kerajaan pusat. Kerajaan perpaduan ketika ini yang disertai pelbagai parti sudah stabil dan kukuh. Terutama sekali apabila kita dapat sokongan kuat daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Apabila premier Sarawak (Abang Johari Openg) dan ketua menteri Sabah (Hajiji Noor) turun bersama perdana menteri (Anwar Ibrahim) untuk iring calon menteri besar Selangor (Amirudin Shari) sewaktu penamaan calon, itu sudah beri signal bahawa kerajaan perpaduan ini kukuh,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis dialog bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa We Sin.
Beliau yang juga menteri pengangkutan berkata dengan sokongan padu daripada pemimpin itu, ia tidak memungkinkan sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan perpaduan mahupun Anwar yang sentiasa mendapat sokongan penuh Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
PRN di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini akan diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kuala Terengganu, dengan pengundian awal ditetapkan 8 Ogos ini.