
Beliau berkata pemerkasaan akta berkenaan merangkumi pelbagai perkara termasuk pemilikan tanah, pendaftaran perkahwinan dan kelahiran anak Orang Asli.
“Saya harap masyarakat Orang Asli dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang akan memiliki tanah setaraf atau sama dengan masyarakat perdana yang bergeran (menerusi pemerkasaan akta ini).
“Ia sekali gus dapat memberi masa hadapan yang lebih baik kepada golongan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun ke-74 Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Negeri.
Pada Istiadat berkenaan, beliau dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Pada Februari lepas, Timbalan perdana menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi dilaporkan berkata pindaan akta itu penting memandangkan terdapat beberapa kekangan melibatkan hak masyarakat Orang Asli.