
PETALING JAYA: Setakat 12 tengah hari, peratusan keluar mengundi bagi PRK di Parlimen Pulai mencecah 24%, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sementara itu, 33% keluar mengundi bagi PRK DUN Simpang Jeram.
PRK di kedua-dua kawasan di Johor itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Semua pusat mengundi dijadualkan ditutup pada 6 petang. Berdasarkan data terkini dikeluarkan SPR semalam, Pulai mempunyai 165,509 pengundi yang layak manakala Simpang Jeram mempunyai 40,301.
Kedua-dua PRK menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.