
“Kebajikan doktor dan semua pekerja kesihatan dalam sistem perkhidmatan kesihatan awam perlu menjadi keutamaan untuk memastikan kualiti perkhidmatan tertinggi dikekalkan.
“Tidak seperti sektor perkhidmatan awam lain, pekerja kesihatan sering bekerja lebih masa dan perlu mengutamakan kepentingan pesakit,” katanya yang dipetik Malaysiakini.
Beliau menggantikan Dr Muruga Raj Rajathurai, yang menamatkan tempoh sebagai presiden persatuan itu semalam.
Azizan juga berjanji untuk memberi tumpuan kepada beberapa isu dalam sistem kesihatan negara termasuklah isu doktor kontrak, jumlah pesakit yang ramai, kekurangan staf, gaji dan syarat-syarat pekerjaan.
“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan kementerian kesihatan bagi menyelesaikan isu ini
“Kita juga berharap untuk mendapatkan perkembangan terkini daripada kementerian berkenaan dengan pelaksanaan pembaharuan penjagaan kesihatan di bawah Kertas Putih Kesihatan,” katanya.
Azizan menamatkan pengajian perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1986. Beliau berkhidmat di hospital-hospital awam dan swasta, dan menjadi seorang doktor am pada tahun 1999.