Banjir di Sabah, 102 mangsa dipindah ke PPS

Banjir di Sabah, 102 mangsa dipindah ke PPS

Ia melibatkan 36 keluarga di Beaufort yang dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon setakat tengah hari tadi.

Seramai 102 mangsa banjir di Sabah terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara yang dibuka sejak petang semalam. (Gambar APM Beufort)
KOTA KINABALU:
Seramai 102 mangsa banjir daripada 36 keluarga di Beaufort telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon, setakat tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, PPS itu menempatkan seramai 15 lelaki dan 32 wanita, manakala selebihnya 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.

PPS itu telah dibuka sejak 4 petang semalam berikutan situasi banjir kilat susulan hujan berterusan.

“Pemantauan diteruskan di lokasi hotspot di daerah berkaitan berikutan hujan lebat masih berlaku sehingga setakat ini,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.