Jangan bangkit lagi mansuh hutang PTPTN, menteri minta ahli Dewan Rakyat

Jangan bangkit lagi mansuh hutang PTPTN, menteri minta ahli Dewan Rakyat

Pemansuhan hutang PTPTN akan menelan kos yang besar iaitu sekitar RM70.48 bilion setakat 30 Sept 2023, jelas Menteri Khaled Nordin.

Pemansuhan hutang PTPTN tak mampu dilakukan kerajaan hari ini, tegas Menteri Khaled Nordin.
PETALING JAYA:
Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin meminta para Ahli Parlimen agar tidak lagi membangkitkan isu pemansuhan hutang Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Rakyat kerana kerajaan tidak mampu menanggung bayar hutang 3.86 juta peminjam.

Khaled menjelaskan pemansuhan hutang itu sekiranya dilaksanakan akan menelan kos yang besar, iaitu sekitar RM70.48 bilion setakat 30 Sept 2023.

“Implikasi kewangan pemansuhan hutang PTPTN bukan setakat hapus di atas kertas. Jika dilakukan kerajaan tanggung bayar hutang bagi pihak peminjam,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

“Memandangkan jumlah diperlukan langsai hutang adalah besar pemansuhan hutang PTPTN tak mampu dilakukan kerajaan hari ini.”

Khaled sehubungan itu meminta anggota Dewan Rakyat berhenti membangkitkan isu tersebut. “Saya harap jangan dibangkit lagi kalau dibangkit saya akan jawab begitu jugalah.”

Sementara itu, Khaled mengingatkan bahawa pentadbiran semasa dibentuk oleh beberapa gabungan politik, maka manifesto mana-mana parti pun pada pilihan raya lalu tidak automatik jadi komitmen kerajaan.

“Kerajaan perpaduan bukan Pakatan Harapan atau Barisan Nasional,” tegasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.