Hujan berterusan dijangka bagi Pantai Timur dan Utara Semenanjung, Timur Sabah

Hujan berterusan dijangka bagi Pantai Timur dan Utara Semenanjung, Timur Sabah

Luruan monsun dijangka berlaku di kawasan berkenaan berdasarkan analisis model cuaca.

Hujan berterusan diramal di Pantai Timur, Utara Semenanjung, dan Timur Sabah selama dua hari bermula Khamis ini.  (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Timur dan Utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 hingga 18 Nov ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di kawasan berkenaan dan keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh tersebut.

“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sekiranya perlu,” katanya kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.