Umno teruskan misi tawan kerusi walau pembangkang sokong PM, tegas Zahid

Umno teruskan misi tawan kerusi walau pembangkang sokong PM, tegas Zahid

Presiden Umno Zahid Hamidi berkata sokongan pembangkang kepada perdana menteri tidak mengubah percaturan Umno untuk pilihan raya akan datang.

Zahid Hamidi (duduk tengah) pada sidang media selepas perasmian pemukiman Biro Politik Umno Bahagian-Bahagian Kedah, di Alor Setar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sokongan pembangkang kepada perdana menteri tidak mengubah percaturan Umno untuk pilihan raya mendatang, dengan presidennya Zahid Hamidi tekad menawan kembali kerusi yang ia kecundang.

Bercakap kepada pemberita di pemukiman biro politik bahagian-bahagian Umno Kedah, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata merampas kembali kerusi-kerusi berkenaan “perkara penting” buat partinya.

“Umno dan Barisan Nasional akan memperkira perkembangan terbaharu itu, biarpun baik namun Umno berpendirian kerusi itu perlu menjadi milik Umno semula,” tegasnya, menurut Berita Harian.

Zahid menyifatkan peralihan dalam kalangan rakyat pembangkang itu sebagai “perkembangan positif” untuk kerajaan perpaduan, namun berkata Umno tidak harus “terlalu selesa” dengan sokongan mendadak itu.

“Mereka Ahli Parlimen (pembangkang) di kawasan calon BN tak cukup jumlah undi untuk menang di kerusi itu pada PRU15,” katanya.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada perdana menteri walaupun masih bersama parti itu.

Mereka adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.