
Panel penilaian Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Zabidin Diah memerintahkan tempoh pemenjaraan Ranjitkumar, 37; S Gobi, 42; and E Sangkar, 41, bermula dari tarikh tangkapan masing-masing pada 2010 dan 2011.
Mahkamah turut memerintahkan mereka disebat dengan 12 sebatan rotan.
Pindaan undang-undang awal tahun ini memansuhkan hukuman mati mandatori dan memberikan hakim hukuman alternatif bagi kesalahan membunuh, iaitu penjara dengan tempoh antara 30 dan 40 tahun.
Tiga individu terbabit memohon hukuman mereka disemak mengikut Akta Semakan Hukuman Mati Dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan).
Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac 2017 mengekalkan pensabitan dan hukuman mati ke atas mereka bertiga, kerana membunuh P Kannayah, 62, di luar rumah pangsanya di Bukit Ampang Permai di Ampang, Selangor pada 30.30 malam 11 Ogos 2010.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya K Mangai berhujah kepada mahkamah bahawa hukuman mati ke atas tiga individu terbabit wajar dikekalkan, melihat pada kecederaan yang dikenakan ke atas mangsa; atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
Jelasnya, Kannayah mengalami 22 luka ketika melindungi anak lelakinya daripada serangan tiga individu itu, yang bersenjatakan parang.
Hakim Mary Lim, Harmindar Singh Dhaliwal, Nordin Hassan, dan Abu Bakar Jais bersidang bersama Zabidin.
Tiga individu terbabit diwakili oleh M Manoharan, Rajit Singh, dan Azamuddin Abdul Aziz.