
Berikutan itu, 538 orang daripada 158 keluarga di lima kampung itu kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) kerana rumah mereka dinaiki air.
Kampung terbabit ialah Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara dibuka 8 pagi serta 10 pagi tadi.
Setakat 12 tengah hari tadi, 311 mangsa daripada 78 keluarga dari Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau ditempatkan di PPS SK Bukit Mutiara.
PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru pula menempatkan 227 mangsa daripada 80 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.
JPBN memaklumkan Sungai Skudai di Kampung Laut dan Parit Keliling di Kampung Pasir, di sini berada di paras waspada dengan bacaan 2.55m dan 0.29m.
Sungai Siku di Kampung Murni Jaya dekat Kulai pula mencatat paras bahaya dengan bacaan 17.88m dan Sungai Muar di Kampung Awat di tahap waspada 8.03m.