Warga emas amang seksual 2 budak perempuan dipenjara 8 tahun

Warga emas amang seksual 2 budak perempuan dipenjara 8 tahun

Dia turut dikenakan dua sebatan terhadap kesalahan yang dilakukan di sebuah pusat pemindahan sementara.

kompleks mahkamah kuala terengganu
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di PPS, tiga tahun lalu.
PETALING JAYA:
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, tiga tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli yang turut memerintahkan tertuduh berusia 64 tahun berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara, menurut Berita Harian.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di hadapan koridor bilik PSV, Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, antara jam 6 petang hingga 8 malam pada 22 November 2023.

Mengikut pertuduhan kedua di sekolah, tarikh dan waktu yang sama, dia turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi mangsa berusia 7 tahun di hadapan kelas 1 Ibnu Zubair.

Kedua-dua tempat kejadian ketika itu berfungsi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS), manakala tertuduh serta mangsa adalah penghuni di pusat berkenaan.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara empat tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua yang akan berjalan secara berasingan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanim Ayim mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.