Gaduh guna senjata, 3 lelaki ditahan

Gaduh guna senjata, 3 lelaki ditahan

Polis berkata tiga lelaki itu mempunyai rekod dadah, jenayah dan senarai hitam kes jenayah.

Polis menahan tiga lelaki berusia 26 hingga 28 tahun kira-kira 1.45 tengah hari hingga 3 petang.
PETALING JAYA:
Tiga lelaki yang dipercayai terbabit pergaduhan menggunakan senjata ditahan di Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata lelaki berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan susulan video tular pergaduhan sekumpulan individu di depan sebuah premis yang dipercayai berlaku pada 12.48 tengah malam semalam.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Semua suspek ditahan lebih kurang 1.45 tengah hari hingga 3 petang,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata polis giat mengesan beberapa lagi suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Katanya semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod dadah, jenayah dan senarai hitam kes jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi hotline IPD JBS 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes Azlinda Mohd Khalid 017-2765250.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.