
Khaled, menteri pengajian tinggi ditukar portfolio menerajui Kementerian Pertahanan, menggantikan Mohamad Hasan, yang dilantik menteri luar negeri.
Dalam rombakan diumumkan Anwar, Zambry Kadir dilantik menjadi menteri pendidikan tinggi.
“Saya masih terkejut dengan pengumuman rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri hari ini. Kena tunggu majlis rasmi baharulah sah bertukar portfolio,” katanya menurut Berita Harian selepas menghadiri majlis di Putrajaya.
Rombakan Jemaah Menteri menyaksikan seorang lagi naib presiden Umno, Johari Ghani dilantik menteri perladangan dan komoditi.
Selain itu, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad dilantik timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.