
Haffiz Radzi dan Fahmee Nor didakwa merompak secara berkumpulan terhadap Kun Gao, pada 10 Dis 2021, melibatkan wang tunai RM952,690 dan 1,225 yuan, termasuk bagasi beg dan beg Louis Vuitton, di kediaman ahli perniagaan itu di Jalan Ampang.
Sekiranya didapati bersalah, Haffiz dan Fahmee masing-masing berdepan hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.
Hakim Izralizam Sanusi menetapkan jaminan bagi kedua-dua tertuduh sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.
Hakim turut mengarahkan Haffiz dan Fahmee melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga pelupusan kes.
Pasport kedua-duanya juga ditahan mahkamah mengikut syarat jaminan mereka.
Mahkamah menetapkan 5 Feb 2024 bagi sebutan semula kes.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah, manakala peguam S Ravinchandran dan R Vikraman mewakili Haffiz dan Fahmee.
Sementara itu, bekas pegawai SPRM dituduh di satu lagi Mahkamah Sesyen kerana merompak warga China tersebut di lokasi sama.
Azwan Asli minta dibicarakan atas pertuduhan rompakan berkumpulan. Dia diberi ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.