
Warga tempatan berusia 39 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan enjin kereta masih hidup sebelum mereka memaklumkan pihak polis.
Ketua Polis Penampang, Sammy Newton, berkata siasatan awal mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu kereta Perodua Bezza.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan, menurut Berita Harian.
Beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sammy turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan gambar mangsa dan maklumat yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga.