Bunga api meletup ketika dipasang, lelaki maut, seorang lagi cedera

Bunga api meletup ketika dipasang, lelaki maut, seorang lagi cedera

Gambar dan video memaparkan kejadian letupan beberapa das bunga api di sebuah hotel di Port Dickson tular di platform media sosial X sejak pagi tadi.

Gambar dan video memaparkan kejadian letupan beberapa das bunga api di sebuah hotel di Port Dickson tular di platform media sosial X sejak pagi tadi. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena serpihan bunga api yang meletup di sebuah hotel di Port Dickson semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari di bumbung bangunan tempat letak kenderaan hotel itu, mangsa berusia 40 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka,

Sementara itu, rakannya berusia 39 tahun yang cedera dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan.

“Kedua-dua mangsa merupakan pekerja syarikat pemasangan bunga api yang ditugaskan memasang bunga api untuk pertunjukan sempena malam Ambang Tahun Baharu 2024 di hotel berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kata Ketua Polis Port Dickson Aidi Sham Mohamed, lapor Bernama.

Gambar dan video memaparkan kejadian letupan beberapa das bunga api di hotel berkenaan tular di platform media sosial X sejak pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.