
Ketua Polis Kuching, Alexson Naga Chabu, berkata mangsa berusia 62 tahun itu berkenalan dengan seorang suspek lelaki di sebuah restoran di kawasan Clock Tower, Makkah pada 30 Okt 2024.
“Suspek menawarkan bantuan mendapatkan permit haji, selain peluang menyertai perniagaan hotel bagi penginapan jemaah semasa musim haji dan umrah di Makkah.
“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa melakukan enam transaksi pembayaran dalam talian ke dua akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, pembayaran pertama dibuat pada 10 Nov 2024 ketika mangsa berada di kediamannya di Kuching.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM415,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.”