Banjir di Johor pulih

Banjir di Johor pulih

PPS Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 23 penduduk daripada tujuh keluarga ditutup 5 petang tadi.

Mersing dan Segamat dilanda banjir bermula 26 Dis lalu dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 137 mangsa daripada 39 keluarga. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir beroperasi di Segamat, ditutup petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 23 penduduk daripada tujuh keluarga ditutup pada 5 petang.

Bagaimanapun, menurut jawatankuasa itu, Jalan Kampung Orang Asli Peta di Mersing masih terputus hubungan.

“Laluan alternatif yang boleh digunakan adalah melalui Ladang Mutiara-Paloh,” menurut jawatankuasa itu.

Mersing dan Segamat dilanda banjir bermula 26 Dis lalu dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 137 mangsa daripada 39 keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.