
APAD dalam kenyataan berkata ia bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi dan menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung.
“Permohonan dibuka kepada pengendali bas bermula 15 Jan hingga 5 Feb.
“Tempoh sah laku LPS bagi permohonan yang diluluskan berkuatkuasa mulai 7 hingga 18 Februari 2024,” menurut agensi itu
Katanya, pengendali yang memohon LPS perlu mematuhi dasar dan spesifikasi bas ekspres; dilengkapi sistem GPS; had usia tidak melebihi 10 tahun; dan terhad kepada jenis perkhidmatan ekonomi sahaja.
“Bagi bas persiaran yang melebihi had usia penggunaan dan mendapat kelulusan Laporan Puspakom VR1 Khas (Kod 9009) dibenarkan untuk memohon,” menurut APAD.