
Dalam kejadian 4.57 pagi tadi, bas ekspres itu menghala ke arah Rantau Panjang, manakala Honda Accord ke arah bertentangan menuju Pasir Mas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, mangsa korban ialah penumpang Honda Accord, Nurul Suhaila Mohamad Othman, 21, dan pemandu bas ekspres terbabit.
Katanya pemandu kereta, Mohamad Tarmizi Ab Jamil, 28, parah manakala pembantu bas itu patah paha dan dihantar ke Hospital Pasir Mas.
“Terdapat lima penumpang dalam bas berkenaan dan semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang membantu mengeluarkan mangsa kemalangan itu.