
Sinar Harian melaporkan tertuduh yang lebih dikenali sebagai Mamat Exists, 46, mengaku tidak bersalah di depan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, Mamat didakwa memberi dadah kepada dirinya methamphetamine pada 2 pagi 9 Sept 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.
Dia turut memiliki kesalahan berulang memberikan dadah kepada dirinya pada 2016 dan 2018.
Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C (1) (b) akta sama.
Bagi pertuduhan kedua, Mamat didakwa memiliki methamphetamine seberat 0.17g pada 11.35 malam 8 Sept 2019 di Taman Perling.
Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, peguam mewakili tertuduh memohon anak guamnya dirujuk untuk rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Fatimah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 22 Feb ini untuk sebutan semula kes, termasuk laporan perubatan.