
Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 36 tahun yang juga penganggur itu ditahan di sekitar Pandan Perdana, 6.20 petang semalam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman dikatakan bertengkar dengan suaminya.
“Suspek kemudiannya telah bertindak merosakkan komputer riba milik mangsa dan telah memukul pengadu sehingga mendatangkan kecederaan terhadap pengadu di bahagian tangan kanan.
“Suspek berang kerana pengadu tidak membantunya membuat kerja rumah,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata lelaki itu kini direman tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.