Polis tembak mati suspek kes bunuh

Polis tembak mati suspek kes bunuh

Lelaki itu dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang wanita Indonesia di Sungai Way, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Suspek cuba menyerang polis menggunakan parang sebelum ditembak mati.
PETALING JAYA:
Suspek kes bunuh seorang wanita warga Indonesia ditembak mati oleh polis di sebuah flet di Bukit Subang, hari ini.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku ketika sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu rumah di tingkat lima sebuah flet kira-kira 5.30 petang.

Menurutnya, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an itu bertindak agresif menyerang anggota polis menggunakan parang.

“Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri menyebabkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sebilah parang panjang berukuran 28 sentimeter turut dirampas dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, suspek dipercayai terbabit dalam satu kes bunuh seorang wanita warga Indonesia di Sungai Way di Petaling Jaya, Isnin lalu.

Mangsa ditemui mati dengan lapan kesan tikaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.