
Dalam permohonannya, NAJ Press Resources Sdn Bhd berkata, rayuan PAS cacat dan notis diserahkan kepada pihaknya lewat.
Katanya, mengikut undang-undang, notis rayuan mesti difail dan disampaikan dalam tempoh 14 hari selepas penghakiman dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Sesyen mengeluarkan penghakiman ringkas pada 5 Dis tahun lepas, namun menurut NAJ Press Resources, pihaknya hanya mendapat salinan notis itu pada 28 Dis, sembilan hari lewat.
Syarikat percetakan itu berjaya mendapatkan penghakiman terus terhadap PAS dan Harakah atas dasar hutang itu telah diakui dalam surat-menyurat antara mereka.
Mahkamah Sesyen turut maklum bahawa sebahagian pembayaran hutang itu telah dibuat pada 31 Okt 2017.
Dilaporkan pada 2019 bahawa NAJ Press Resources telah menghantar surat kepada PAS dan Harakah menuntut hutang percetakan sebanyak RM3,053,204.59.
Pada masa itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan parti itu cuba mengelak daripada membayar.
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 April untuk mendengar permohonan NAJ Press Resources.