Terpedaya pelaburan ‘Navicap’, warga emas rugi RM178,000

Terpedaya pelaburan ‘Navicap’, warga emas rugi RM178,000

Polis berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal membuat pengeluaran modal dan keuntungan pelaburan yang dijanjikan.

Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim berkata membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 selepas ditawarkan melabur dalam skim pelaburan “Navicap”. (Gambar Facebook PDRM)
SEREMBAN:
Seorang warga emas kerugian RM178,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim berkata wanita berusia 70-an itu memaklumkan menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan “Navicap” pada 15 Nov lepas.

“Mangsa seterusnya membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek.

“Wanita itu menyedari ditipu setelah gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan yang dijanjikan bagi pelaburan tersebut atas alasan akaunnya telah dibekukan.

“Susulan itu, dia membuat laporan polis pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Malik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.