Hujah permohonan isteri Daim dapatkan pasport 4 Mac

Hujah permohonan isteri Daim dapatkan pasport 4 Mac

Isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Naimah Khalid terpaksa menyerahkan pasportnya selepas didakwa gagal mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Naimah Khalid didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan syarikat, beberapa bidang tanah di sini dan di Pulau Pinang dan dua kenderaan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar hujahan berhubung permohonan Naimah Khalid untuk mendapatkan pasportnya secara kekal bulan depan.

Hakim Ahmad Bache menetapkan 4 Mac untuk penghujahan, diikuti dengan jawapan pada 11 Mac, dan penghujahan lisan pada 13 Mac.

Bulan lalu, Naimah, yang merupakan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, mengaku tidak bersalah kerana gagal mematuhi notis pengisytiharan aset oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan syarikat, beberapa bidang tanah di sini dan di Pulau Pinang dan dua kenderaan. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 13 Dis 2023.

Dia dibenarkan diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan diperintah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Azmi dan Fadhly Zamry manakala peguam M Puravalen mewakili Naimah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.