
Fazleeen Mohd Yusoff, 31, menghembuskan nafas terakhir pada 1.10 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata ketika kejadian mangsa dan suami, Nik Amdan Mohd Ali, 28, bersama anak mereka Nik Nur Irdina Sofia, 7, dan Nik Nur Irdina Arisha, 4, dalam perjalanan menghantar tempahan kuih kepada pelanggan di RKT Paloh 3.
“Setibanya di tempat kejadian seekor anak lembu secara tiba-tiba melintas jalan dan melanggar hadapan motosikal jenis Honda RS 150 R yang dinaiki keluarga terbabit,” katanya dalam kenyataan.
Sik berkata mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke HUSM.
Jenazah dituntut oleh ahli keluarga dan selamat dikebumikan pagi tadi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.