
Berita Harian melaporkan, kanak-kanak itu Siti Dhia Batrisyia Chairil Anuar keluar dari rumah selepas ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Mohd Fazili menegurnya kerana tidak hadir ke sekolah pada Selasa.
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata satu laporan orang hilang dibuat pagi semalam selepas Siti Dhia Batrisyia Chairil Anuar, tidak pulang.
“Tindakan mengesan giat dijalankan,” katanya.
Kehilangan murid Sekolah Kebangsaan Perempuan Pudu 1 itu turut disebarkan di Facebook untuk mendapatkan bantuan orang awam.
“Sekiranya tuan/puan ada menerima sebarang maklumat, sila hubungi ibu beliau di talian 012 6411600 atau maklumkan kepada pihak sekolah/guru SKPP1.”