Disyaki rogol pelajar Tingkatan 3, remaja ditahan

Disyaki rogol pelajar Tingkatan 3, remaja ditahan

Kejadian didakwa berlaku pada Sabtu di rumah mangsa.

Ketua Polis Tampin Amiruddien Sariman berkata ibu mangsa membuat laporan pada hari sama selepas mendakwa anaknya berusia 15 tahun dirogol.
PETALING JAYA:
Remaja 16 tahun ditahan kerana disyaki merogol pelajar berusia 15 tahun di rumah mangsa, dalam kejadian di Tampin.

Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada Sabtu, yang mana kejadian rogol didakwa turut berlaku hari sama oleh ibu mangsa.

“Wanita berkenaan menyatakan anak perempuannya yang berusia 15 tahun telah dirogol oleh seorang lelaki dipercayai teman lelaki anak perempuannya itu di rumahnya (di Tampin).

“Remaja lelaki berkenaan kemudian ditahan pada 12.15 malam Ahad disyaki terlibat dalam kes ini oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tampin,” katanya lapor Sinar Harian.

Katanya, remaja lelaki terbabit tidak lagi bersekolah, manakala mangsa masih bersekolah di Tingkatan 3.

“Siasatan oleh cawangan forensik juga telah dijalankan dan mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan doktor pakar Obstetrics & Gynaecology (O&G).

“Kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaa dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.