Mahkamah ringankan hukuman remaja bunuh ahli perniagaan

Mahkamah ringankan hukuman remaja bunuh ahli perniagaan

Mahkamah Persekutuan memerintahkan Low Kian Boon menjalani hukuman penjara 35 tahun dari tarikh dia ditangkap pada 2003.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan telah mengarahkan Low Kian Boon dikenakan 12 sebatan.
PUTRAJAYA:
Seorang pemuda yang membunuh ahli perniagaan Australia kelahiran Jerman lebih dua dekad lalu telah diringankan hukuman mati kepada hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Zabariah Yusof turut memerintahkan Low Kian Boon, kini 39, dikenakan 12 sebatan kerana membunuh Hans Herzog pada 12 Nov 2003. Hakim mengarahkan hukuman penjara Low bermula dari tarikh tangkapan pada 13 Nov 2003.

Hakim Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais adalah hakim lain yang turut mendengarnya ketika ia dihadapkan ke mahkamah tertinggi berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori tahun lepas.

Kes Low dibawa di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Penjara Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023, yang memberi pilihan kepada hakim untuk mengenakan hukuman penjara atau hukuman mati.

Low berusia 18 tahun ketika dia membunuh Herzog bersama seorang budak lelaki berusia 17 tahun, yang dibebaskan selepas menerima pengampunan diraja pada September 2020.

Peguam Low, Edmund Bon, meminta pihak mahkamah mengenakan hukuman penjara antara 30 dan 32 tahun ke atas anak guamnya, sambil menambah bahawa Low telah dipenjarakan selama lebih 20 tahun dan tidak menerima jawapan kepada dua permohonan pengampunan.

Peguam hak asasi manusia itu berkata hukuman mati harus dikhaskan hanya untuk kes paling jarang berlaku seperti pembunuhan bersiri atau rogol dan pembunuhan bayi.

Bon berkata apabila Parlimen meminda undang-undang, ia bertujuan agar hakim bersandar kepada anggapan hidup, tertakluk kepada keadaan yang meringankan.

Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad menggesa pihak mahkamah mengekalkan hukuman mati kerana pembunuhan Herzog mengerikan dan mangsa mengalami beberapa luka tetakan.

Herzog dibunuh di rumahnya di USJ, Subang Jaya, pada awal pagi 12 Nov 2003. Fakta kes mendedahkan bahawa Herzog terlibat dalam pergelutan dengan penceroboh, di mana dia mengalami 23 luka tetakan yang menyebabkannya maut.

Mukanya dikelar dan tangan kanannya hampir putus. Polis turut menemui sebilah pisau berbilah panjang di birai tingkap yang dipercayai digunakan penyerang untuk keluar masuk rumah.

Pada mulanya, Low serta remaja lelaki berusia 17 tahun itu menerima pengampunan diraja dan dua beradik perempuan berusia 14 dan 16 tahun, didakwa dengan pembunuhan Herzog. Herzog telah berkahwin dengan ibu saudara perempuan itu.

Mahkamah Tinggi membebaskan gadis terbabit tetapi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Low dan remaja lelaki terbabit kerana menyebabkan kematian berikutan terdapat keraguan mengenai siapa yang memukul mangsa hingga mati.

Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan dua beradik perempuan itu.

Mahkamah Rayuan kemudiannya mendapati Low dan remaja lelaki itu bersalah kerana membunuh. Low dijatuhi hukuman mati manakala pesalah kanak-kanak itu diperintahkan untuk ditahan di penjara atas perkenan Sultan Selangor.

Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan itu pada 17 Mac 2010.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.