
Katanya, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan empat individu, termasuk pengadu dan saksi kejadian.
“Bagaimanapun, kita cuba untuk mendapatkan CCTV dari tempat lain yang ada merakamkan kejadian itu,” katanya menurut Harian Metro di Ramadan Mahkota Square, Kuantan.
Beliau berkata, pihaknya turut mempertingkatkan rondaan di 15 cawangan KK Mart di Pahang.
“Di Pahang, KK Mart mempunyai 15 cawangan KK Mart dan dua stor yang berada di Kuantan dan Bentong,” katanya.
Katanya, pihak KK Mart juga telah menambah ciri keselamatan di premis mereka termasuk menambah CCTV seperti disarankan polis.
“Saya nasihatkan kepada semua tenang dan tidak mengambil tindakan sendiri,” katanya.
KK Mart Sungai Isap menjadi insiden kedua diserang bom petrol pada 29 Mac, dengan serangan pertama berlaku di Bidor, Perak. Terbaharu, rangkaian kedai serbaneka itu diserang buat kali ketiga bertempat di Jalan Satok, Kuching, pada 31 Mac.