Anwar hulur sumbangan raya kepada 57 ‘otai reformis’

Anwar hulur sumbangan raya kepada 57 ‘otai reformis’

Kebanyakan mereka menghadapi masalah kesihatan malah ada yang uzur kerana kerana faktor usia.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan daripada Anwar Ibrahim kepada ‘otai reformis’ dalam majlis di pejabat DUN Bukit Antarabangsa. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 57 “otai reformis”.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi dalam majlis ringkas berlangsung pagi tadi, kepada “otai reformis” sekitar Ampang, di pejabat DUN Bukit Antarabangsa.

“Kebanyakan mereka menghadapi masalah kesihatan malah ada yang telah uzur dek kerana faktor usia. Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada pihak saya.

“Mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka serta dipermudahkan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Anwar.

Turut hadir pada majlis itu, timbalan speaker DUN Selangor merangkap Adun Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamarudin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.