Selepas MIC, MCA pula tak kempen PRK Kuala Kubu Baharu

Selepas MIC, MCA pula tak kempen PRK Kuala Kubu Baharu

MCA berkata tindakan itu akan diambil jika BN tidak bertanding di kerusi disandang DAP.

MCA mengikut jejak MIC untuk tidak berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu jika BN tidak bertanding.
PETALING JAYA:
MCA tidak akan berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu jika calon kerajaan perpaduan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya hari ini menjelang pilihan raya kecil 11 Mei depan.

“Selepas pertimbangan teliti, keputusan sebulat suara jawatankuasa sekiranya calon yang dicadangkan itu bukan ahli mana-mana parti komponen BN, maka MCA tidak akan menyertai sebarang usaha kempen,” katanya dalam kenyataan.

Pada 22 Mac, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata mereka tidak akan menuntut kerusi Kuala Kubu Baharu, sebaliknya memberi laluan kepada rakan parti penyandang dalam kerajaan perpaduan iaitu DAP.

Sebelum ini, Presiden MIC SA Vigneswaran berkata parti itu tidak akan turun berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu kerana tidak ditandingi calon BN.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu akibat barah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.