
Presiden PKR itu bagaimanapun tidak memaklumkan alasannya ‘tidak membantu’ kempen calon kerajaan perpaduan Joohari Ariffin yang juga bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.
“Tidak…terima kasih,” kata perdana menteri ketika ditanya sama ada beliau akan turun berkempen dalam pilihan raya dijadualkan pada 6 Julai ini.
Beliau ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Al-Umm.
Sebelum ini, Anwar juga tidak turun berkempen di PRK Kuala Kubu Baharu yang dimenangi calon PH Pang Sock Tao pada 11 Mei lalu.
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandang daripada PAS, Nor Zamri Latiff, 24 Mei lalu akibat keradangan perut.
Pada PRN lalu, Zamri menang dengan majoriti 1,563 undi menewaskan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Nurhidayah Che Rose.
Suruhanjaya Pilihan Raya turut menetapkan penamaan calon PRK Sungai Bakap pada 22 Jun ini, manakala undi awal 2 Julai.