Kerajaan timbang hukuman lebih berat kesalahan curi kabel komunikasi

Kerajaan timbang hukuman lebih berat kesalahan curi kabel komunikasi

Menteri komunikasi berkata, hukuman itu akan dicadangkan dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang sedang diperincikan Jabatan Peguam Negara.

Fahmi Fadzil berkata, draf pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sedang diteliti dan diperinci melibatkan beberapa peruntukan mengenai aspek mutu perkhidmatan rangkaian telekomunikasi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan sedang menimbangkan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hukuman itu akan dicadangkan dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sedang diperincikan Jabatan Peguam Negara.

“Saya akan minta pasukan di Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia meneliti dan memberi beberapa ulasan serta cadangan (hukuman) kerana pada waktu ini, draf pindaan akta itu sedang diteliti dan diperinci melibatkan beberapa peruntukan mengenai aspek mutu perkhidmatan rangkaian (telekomunikasi).

“Pindaan ini kita buat bukan hanya kerana melihat kejadian kecurian kabel dan vandalisme, tetapi juga disebabkan (gangguan) mutu perkhidmatan komunikasi kerana ini antara perkara sering dibangkitkan pengguna, oleh itu ia dalam penelitian sebelum kita bawa ke Parlimen nanti,” katanya pada Program Korban Perdana Lembah Pantai di sini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjawab pertanyaan mengenai tindakan kerajaan membendung kegiatan mencuri kabel tembaga komunikasi semakin berleluasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.