Selagi PAS berkuasa Kelantan sukar membangun, kata Bung

Selagi PAS berkuasa Kelantan sukar membangun, kata Bung

Ahli MKT Umno berkata pembangunan di Kelantan sukar dilaksana kerana kerajaan negeri berbeza dengan persekutuan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Bung Moktar Radin berkempen untuk calon Barisan Nasional di Jeram Tekoh.
GUA MUSANG:
Bung Moktar Radin berkata pembangunan di Kelantan khususnya di Nenggiri sukar dilaksanakan jika PAS masih memerintah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, ia susulan kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam soal tanah dan menyukarkan usaha pusat membawa projek pembangunan.

“Kita berdepan masalah selagi Kelantan ditadbir kerajaan negeri (PAS), jadi apa pun pembangunan yang kerajaan persekutuan bawa apabila tidak ada tanah tak dapat dilaksana.

“Sebab itu saya kata untuk merubah politik Kelantan perlu bermula di Nenggiri. Bila menang baru kita boleh strategikan Kelantan secara menyeluruh,” katanya ketika berkempen di Jeram Tekoh.

Bung juga mengingatkan calon Barisan Nasional (BN) Azmawi Fikri Abdul Ghani melaksanakan tanggungjawab dengan baik jika dipilih sebagai wakil rakyat.

“Jadi apa yang perlu calon buat apabila menang, selesaikan isu rakyat. Calon harus ingat kita datang daripada rakyat maka kembali kepada rakyat.

“Insya-Allah kalau semua ini wakil rakyat BN buat kita tidak akan kalah dalam pilihan raya mana sekalipun,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.