
Berdasarkan maklumat diperoleh itu polis sedang berusaha menangkap suspek terbabit, menurut Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar.
“Pihak polis memperoleh satu rakaman sistem kamera litar tertutup dari rumah berhampiran tempat kejadian yang menunjukkan kereta dinaiki suspek meninggalkan kawasan surau selepas kejadian berlaku,” katanya lapor Berita Harian.
Dua wanita cedera dipercayai diserang seorang lelaki menggunakan pisau, semalam, di tandas surau berdekatan sebuah sekolah agama rakyat, menurut laporan media.
Seorang guru sekolah agama berkenaan memberitahu media bahawa guru besarnya dilibas dengan pisau ketika cuba membantu seorang wanita yang sedang bergelut dengan suspek.
Katanya, guru besar terbabit segera ke tandas itu apabila dia bersama beberapa guru wanita lain terdengar jeritan meminta tolong.
Berdasarkan siasatan awal polis, kedua-dua mangsa dilaporkan tidak mengenali suspek, lapor media.
Guru besar berkenaan tampil ke IPD Petaling Jaya untuk membantu siasatan selepas dibenarkan keluar hospital, manakala seorang lagi mangsa masih dirawat di Hospital Shah Alam.
Tujuh saksi dirakam percakapan untuk membantu siasatan, menurut polis.