Lelaki asing samun, rogol warga emas ditahan

Lelaki asing samun, rogol warga emas ditahan

Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusuf, berkata barang milik mangsa turut dirampas daripada suspek.

Wan Kamarul Azran Wan Yusof
Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata lelaki 25 tahun itu ditahan kira-kira 12.20 tengah hari tadi di Cyberjaya susulan laporan mangsa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang warga asing ditahan kerana disyaki menyamun dan merogol seorang wanita warga emas di sebuah pangsapuri di Cyberjaya.

Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusuf, berkata lelaki 25 tahun itu ditahan kira-kira 12.20 tengah hari tadi di Cyberjaya susulan laporan mangsa berusia 71 tahun pada 12.18 tengah malam tadi.

“Turut dirampas barang milik pengadu (mangsa). Suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Sepang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, iaitu rogol serta samun.

Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 392 membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.