Warga emas didakwa bunuh isteri

Warga emas didakwa bunuh isteri

Ibrahim Sulaiman didakwa membunuh Mastura Abdullah di rumah mereka di Gual Ipoh, Tanah Merah pada 1 Disember lalu.

Tertuduh, Ibrahim Sulaiman, 63, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Gual Ipoh. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Gual Ipoh, 1 Disember lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Ibrahim Sulaiman, 63, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tun Faiz Fikri Tun Asrul Zaini, menurut Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Mastura Abdullah, 40, di sebuah rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh, antara 9.30 pagi hingga 12.15 tengahari, 1 Disember lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau jika tidak dihukum mati, penjara maksimum 40 tahun dan sehingga 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Irfan Aizat Mohd Daud mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam suaminya dengan senjata tajam di rumah mereka.

Suspek dikatakan membunuh isterinya pada10 pagi dan keluar mengambil anak di sekolah pada 12 tengah hari sebelum menyerah diri di balai polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.