
Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
“Ia bagi menggantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan sambil menghargai perkhidmatan Terriruddin sepanjang menjadi peguam negara.
Shamsul Azri berkata Dusuki yang berusia 57 tahun dan berasal dari Machang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.
“Beliau mempunyai pengalaman yang luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara,” katanya.