Speaker larang Ahli Parlimen guna perkataan ‘kurang ajar’

Speaker larang Ahli Parlimen guna perkataan ‘kurang ajar’

Johari Abdul membuat keputusan itu memandangkan perkataan terbabit membawa maksud tidak sopan, buruk dan kasar.

johari abdul
Johari Abdul memutuskan perkataan ‘kurang ajar’ sebagai tidak berparlimen. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen dilarang menggunakan perkataan ‘kurang ajar’ pada persidangan Dewan Rakyat, kata Speaker Johari Abdul.

Beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira perkataan terbabit membawa maksud tidak sopan, buruk atau kasar budi pekertinya.

“Setelah merujuk Kamus Dewan perkataan kurang ajar bermaksud tak sopan atau buruk atau kasar budi pekertinya.

“Mulai saat ini saya tidak benarkan mana-mana ahli (Ahli Parlimen) menggunakan perkataan kurang ajar, saya mentakrifkannya sebagai tidak berparlimen,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau membuat petua itu menjawab isu dibangkitkan Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasannya mengenai peraturan ahli dewan menggunakan perkataan ‘kurang ajar’.

Perkataan itu sering menjadi pertikaian dan dibangkitkan Ahli Parlimen semasa berucap di Dewan Rakyat sehingga mencetuskan suasana panas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.