40 mangsa banjir masih di PPS Johor, Pahang

40 mangsa banjir masih di PPS Johor, Pahang

Mangsa di Johor kekal 36 orang manakala di Pahang pula hanya empat orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Maran.

banjir floods pps
Setakat 8 pagi tadi, seramai 40 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara di Johor dan Pahang. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR:
Seramai 40 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang setakat 8 pagi tadi.

Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

Beliau berkata Stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat mencatatkan trend menurun dengan bacaan 8.68 meter manakala Sungai Paya Dato di Mersing melepasi paras amaran dengan bacaan 1.50 meter.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir tidak berubah, iaitu empat orang daripada dua keluarga di daerah Maran yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Baru Pertanian.

Semakan melalui portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati hanya satu sungai utama di negeri itu melebihi tahap amaran, iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pada bacaan 18.21 meter dengan trend menaik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.