JPS ramal banjir landa 9 jajahan Kelantan

JPS ramal banjir landa 9 jajahan Kelantan

Jajahan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

banjir
JPS ramai kemungkinan banjir di sembilan jajahan Kelantan bermula Sabtu. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Sabtu ini.

JPS memaklumkan jajahan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

“Jajahan Tumpat dijangka membabitkan lembangan Sungai Golok, lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Pengkalan Nangka manakala jajahan Pasir Mas melibatkan lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan,” menurut kenyataan.

JPS memaklumkan jajahan Kota Bharu membabitkan lembangan Sungai Kelantan, lembangan Sungai Pengkalan Datu dan lembangan Sungai Semerak; lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Semerak (Pasir Puteh); lembangan Sungai Kemasin dan lembangan Sungai Semerak (Bachok) serta lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan (Tanah Merah).

Jajahan Kuala Krai akan melibatkan lembangan Sungai Kelantan manakala di Jeli membabitkan lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan.

“JPS akan membuat pemantauan secara berterusan dan akan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai ini.

“Banjir yang diramal boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh jangkaan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk setempat terutamanya di kawasan berisiko banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” menurut JPS.

Maklumat dan amaran semasa boleh didapati menerusi laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook PublicinfoBanjir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.