Mayat ibu, bayi baharu lahir di tepi jalan

Mayat ibu, bayi baharu lahir di tepi jalan

Menurut laporan mangsa melibatkan wanita warga Indonesia bersama bayi lelaki masih bertali pusat.

Dilaporkan, wanita itu ditemui dalam keadaan memeluk mayat bayinya.
PETALING JAYA:
Mayat ibu dan bayi baharu lahir ditemukan di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, Kulai, Johor.

Memetik sumber, wanita warga Indonesia itu ditemui dalam keadaan sedang memeluk mayat bayi lelakinya yang masih bertali pusat.

Harian Metro memetik sumber, sebagai berkata mayat kedua-duanya disedari seorang pejalan kaki, sekitar 8 pagi tadi.

Kata sumber itu, siasatan lanjut turut melihat jika kejadian itu mempunyai unsur jenayah, namun tiada tanda darah atau kecederaan lain pada mayat.

Sementara itu, Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee mengesahkan penemuan dua mayat berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, semua butiran akan dimaklumkan kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.