1 warga asing maut kebakaran kilang gas di Klang

1 warga asing maut kebakaran kilang gas di Klang

Polis berkata mangsa korban mengalami kesan kebakaran tahap tiga, manakala dua lagi lelaki turut cedera dalam kebakaran lewat malam Isnin lalu.

kilang tebako
Sebuah kilang penyimpanan gas musnah dalam kebakaran lewat malam Isnin lalu yang turut merebak ke dua bangunan lain di taman perindustrian Klang.
SHAH ALAM:
Seorang lelaki warga asing terbabit kebakaran di sebuah kilang penyimpanan gas di Klang, dekat sini, lewat malam Isnin lalu, meninggal dunia pada 6.32 petang kelmarin.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Beliau berkata, tiga lelaki termasuk mangsa mengalami kecederaan akibat kebakaran itu, manakala tiga lagi selamat.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca daripada tong gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan di pekarangan premis itu.

“Kerugian dianggarkan sekitar RM5 juta dengan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).”

Kelmarin, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dilaporkan berkata, sebuah kilang penyimpanan gas musnah dalam kebakaran yang turut merebak ke dua bangunan lain di taman perindustrian di Klang lewat malam Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.