445,000 penjawat awam bakal manfaat alat GEN AI

445,000 penjawat awam bakal manfaat alat GEN AI

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata inisiatif itu untuk melengkapkan penjawat awam dengan keupayaan AI terkini bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

office pejabat pekerja
Projek perintis melibatkan 270 pegawai awam menunjukkan 97% daripada mereka menjimatkan purata 3.25 jam seminggu.
KUALA LUMPUR:
Seramai 445,000 penjawat awam akan mendapat akses kepada Google Workspace dengan rangkaian alat dan latihan Gemini yang disediakan kepada agensi kerajaan untuk meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di seluruh perkhidmatan awam.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Digital Gobind Singh Deo selepas melancarkan AI at Work 2.0, satu inisiatif bertujuan melengkapkan penjawat awam Malaysia dengan keupayaan AI generatif (gen AI) terkini Google Workspace bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Dis 2024 bersama penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (Naio) adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

“Menerusi AI at Work 2.0 oleh Naio dan Google Cloud, kerajaan menerajui dalam memanfaatkan gen AI, dengan sistem keselamatan yang dibina, untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat di bawah pelan tindakan teknologi AI lima tahun kami,” katanya selepas pelancaran inisiatif berkenaan.

AI at Work 2.0 akan melatih penjawat awam untuk memaksimumkan penggunaan Google Workspace dengan Gemini melalui bengkel amali mengenai arahan yang berkesan dan kes penggunaan yang memberi impak besar.

AI at Work telah dilaksanakan dengan melibatkan 270 pegawai awam dari pelbagai agensi kerajaan.

Maklum balas dan data penggunaan daripada perintis menunjukkan 97% daripada mereka menjimatkan purata 3.25 jam seminggu, menurut pengarah urusan perniagaan sektor awam Google Cloud Asia Pasifik Rahul Sharma.

“Sebanyak 91% daripada mereka juga melaporkan bahawa AI generatif dan agentik membantu meningkatkan kualiti kerja mereka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.