
Beliau mengulas laporan mendakwa syarikat perunding kewangan menggunakan guru-guru untuk dijadikan ejen dan sekolah sebagai tempat mengadakan taklimat perkongsian perunding kewangan, lapor Bernama.
Menurut Fadhlina siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung perkara itu, namun tidak menolak kemungkinan mereka mendapat kebenaran daripada individu dan bukan kebenaran rasmi daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
“Jadi sebab itu, kita siasat dengan teliti bagaimana mereka boleh masuk sampai ke premis-premis KPM, namun kita percaya barangkali mereka masuk ini dengan kebenaran individu bukan kebenaran yang rasmi.
“Kita kena pastikan sama ada orang yang datang ini dengan hasrat yang betul ataupun punya agenda lain dan ini mesti diambil tanggungjawab penuh di peringkat sekolah khususnya keselamatan,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal bercakap kepada wartwan selepas merasmikan Program Ceria Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad di Pusat Khidmat Parlimen Nibong Tebal.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki dilaporkan mengesahkan sedang menjalankan siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Fadhlina berkata KPM juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dan berharap ia dapat disiasat segera supaya nasib penjawat awam khususnya guru-guru dapat dibela.