Keningau, Sook daerah terbaharu dilanda bah di Sabah

Keningau, Sook daerah terbaharu dilanda bah di Sabah

Seramai 1,748 orang daripada 570 keluarga dipindahkan setakat 8 pagi tadi berbanding 1,010 orang pada 8 malam tadi.

mangsa banjir sabah
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata trend pemindahan mangsa banjir di Beaufort kekal, manakala daerah lain meningkat. (Gambar JBPM Sabah)
KOTA KINABALU:
Jumlah mangsa banjir dipindahkan di Sabah terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 1,010 orang daripada 325 keluarga pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan Keningau dan Sook menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.

Menurutnya, 133 orang daripada 50 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keningau, manakala 130 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Sook.

Beaufort kekal daerah teramai dipindahkan dengan 780 orang daripada 249 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala 705 orang daripada 231 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Membakut.

“Sebanyak 24 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut, serta masing-masing dua di Keningau dan Sook. Trend pemindahan mangsa di Beaufort kekal, manakala di daerah lain meningkat.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.