
“Petronas mengkaji portfolio perniagaan secara berterusan di semua negara ia mempunyai pelaburan bagi memastikan kesesuaian terbaik dengan strategi pertumbuhan dalam landskap tenaga yang semakin berkembang,” katanya mengenai laporan berita Bloomberg.
Bloomberg melaporkan bahawa Petronas sedang menilai untuk menjual aset minyak syal di Argentina, langkah yang akan melengkapkan tindakannya untuk keluar dari Vaca Muerta yang berkembang pesat, berikutan sebilangan jurugerudi antarabangsa turut berhasrat untuk keluar daripada rantau itu.
Laporan yang memetik sumber itu menjelaskan Petronas telah memulakan proses yang mungkin menyebabkan penjualan pegangan 50% dalam La Amarga Chica, iaitu usaha sama dengan syarikat milik kerajaan, YPF SA, di Vaca Muerta.
Penglibatan Petronas dalam La Amarga Chica bermula sejak 2014.