Ismail Sabri hadir disoal siasat SPRM hari ke-5

Ismail Sabri hadir disoal siasat SPRM hari ke-5

Bekas perdana menteri itu dipanggil sebagai suspek dalam siasatan terhadap empat bekas pegawai kanannya.

ismail sabri
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.57 pagi.
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyoal siasat bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob buat hari kelima di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Ismail, yang merupakan Ahli Parlimen Bera, tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.57 pagi.

Agensi antirasuah itu sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menyoal siasat bekas perdana menteri itu sebagai suspek dalam siasatan terhadap empat bekas pegawai kanannya.

Ismail mengisytiharkan hartanya kepada SPRM pada 10 Feb dan mula disoal siasat oleh agensi itu pada 19 Feb.

Beliau turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM pada Isnin serta Khamis dan Jumaat lalu selama kira-kira enam jam.

Sumber SPRM sebelum ini berkata ia tidak dapat mengesahkan berapa hari Ismail akan disoal siasat.

Ismail, yang pengsan di rumah pada 22 Feb dan dimasukkan ke hospital kerana masalah berkaitan tekanan darah, tidak dapat menghadiri dua sesi merekodkan keterangan yang dijadualkan sebelum ini bersama SPRM pada 5 dan 7 Mac selepas doktornya mengeluarkan sijil cuti sakit (MC).

SPRM sedang menyiasat penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dan 16kg jongkong emas bernilai jutaan ringgit, yang kesemuanya dirampas dalam serbuan di kediaman empat pegawai dan tiga premis lain yang dipercayai sebagai ‘safe house’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.